Wednesday, 19 October 2016

Tuesday, 18 October 2016

Aktiviti LDK Serlah Kerjasama Staf

INFOBERITA K5- Program kaunseling berkelompok dalam usaha memperteguh dan memperkasa semangat kerjasama berpasukan bagi staf pentadbiran Kolej 5 telah berlangsung dengan jayanya  pada 17.10.2016 (isnin)di Bilik mesyuarat kolej kelima.

Menurut Puan  Askina Aziz, pengurus kolej 5 "Walaupun program ini dijalankan  sepagi untuk semua staf pentadbiran di persekitaran kolej, namun semangat yang ditunjukkan begitu positif.

"Rata-rata peserta begitu teruja terutama dalam slot LDK latihan dalam kumpulan atas bimbingan fasilitator   yang terdiri dari Kaunselor pelatih UPM. Mereka berharap akan dapat menyertai lagi kursus atau bengkel dalam mengukuhkan Semangat Sepasukan.

"Lebih-lebih lagi dalam usaha membudayakan Inisiatif 5S di Kolej kediaman UPM", ujarnya sambil tersenyum.

Saturday, 15 October 2016

DIA


























Dia
Presiden MTM Kolej 5
Mampu menyatu-padu warga pelajar
Dia gigih lagi berani
Mudah diajak berunding serta berdiskusi
Berkongsi minda, motivasi dan inspirasi
Kerana dia punya satu aspirasi

Dia
Dia punya cecita yang tinggi
Menjadi tokoh disegani suatu hari nanti
Bersumberkan ilmu pastikan dia mampu berbakti
Demi agama, bangsa dan tanah air tercinta

Dia
Dia punya banyak waktu dan kesempatan
Mengumpul ilmu menimbun pengalaman
Ikhlas dan jujur sesama rakan juga taulan
Demi melangkah positif ke masa depan

September 13, 2016
Putra INOVA

Budaya 5S Mula Semarak di Kolej Kediaman


BEGITULAH semangat yang membara di kalangan pengetua, pengurus serta pentadbir kolej-kolej kediaman UPM bagi menjayakan satu aspirasi membudayakan 5S.

September 5, 2016 menjadi satu lipatan sejarah  apabila semua kolej seia, sekata berazam mengamalkan budaya 5S di semua 17 kolej kediaman. Nampak macam mustahil, namun kesepakatan bakal menghasil bebunga kejayaan di masa depan.

Di Dewan Seri Harmoni, Kolej Kediaman Kelima, para peserta kursus Pembudayaan 5S kelihatan begitu ceria mengikuti perkongsian dari tiga penceramah undangan yang terdiri dari Prof Dr Sidek Ab Aziz (Pengetua Kolej 5) yang juga mantan Dekan Fakulti Sains, UPM, Encil Zainal dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM dan Encik Mohamed Noor dari BHEP UPM. Mereka berkongsi pengalaman melaksanakan budaya 5S di PTJ masing-masing.

Menurut Sidek "Amalan 5S merupakan salah satu kaedah pengurusan sistematik yang dipelopori oleh pihak industri Jepun ke arah mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S juga bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.



"Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja," katanya lagi yang mula mempromosi membudayakan inisiatif 5S di Fakulti Sains sewaktu menjawat jawatan Dekan di Fakulti Sains sekitar akhir tahun 2008.

Menurutnya lagi, banyak pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui. Namun dengan semangat sepasukan yang ditunjukkan oleh setiap pegawai di Fakulti Sains, kesemua cabaran telah berjaya diatasi. Dan kini Fakulti Sains merupakan antara PTJ yang berjaya memperolehi Sijil 5S di kampus hijau UPM. Encik Zainal yang betugas sebagai Penolong Paegawai Sains, Fakulti Sains mengakui bahawa pelbagai cabaran telah mereka lalui. Semangat Briged 5S menambahkan lagi keseronokan berkerja di sana.

Encik Mohamed Noor pula berpendapat dan bersetuju bahawa Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.

Tambahnya lagi "Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan".

Kini BHEP melangkah mengorak ke satu budaya baharu iaitu EKSA Ekosistem Kondusif Sektor Awam, setelah berjaya memperolehi Persijilan 5S tidak berapa lama dahulu. Beliau sempat berkongsi perbandingan antara Inisiatif 5S dan juga EKSA. EKSA menurutnya adalah penambahbaikan inisiatif 5S secara menyeluruh.

Secara umumnya 5S merupakan istilah asal  Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti berikut :

  • Seiri/Sort/ Sisih - Menyisih dokumen lama tidak aktif dengan dokumen baru yang masih aktif.
  • Seiton/Set in order/Susun - Menyusun dokumen/ bahan/alatan pejabat supaya mudah diambil/diguna.
  • Seiso/Shine/Sapu - Menyapu/membersih ruang pejabat dan ruang kerja/bilik serta peralatan kerja    individu.
  • Seiketsu/Standardise/Seragam- Menyeragamkan susunan fail/meja kerja/bilik mesyuarat/ peralatan pejabat.
  • Shitsuke/Sustain/Sentiasa Mengamalkan - selaluAmal aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam.


SELAMAT MEMBUDAYAKAN 5S.




Sunday, 9 October 2016

5 Prinsip 1 Matlamat Persahabatan




SERONOK lagi gembira apabila berpeluang dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat baharu dalam kesibukan menjalankan tugas dan urusan seharian erta tanggung-jawab yang telah diamanahkan.

GEMBIRA apabila mereka menerima kita seadanya, bagai tiada jurang pemisah besar dalam menjalinkan persahabatan. Kita raikan kepelbagainan dalam mencipta kecemerlangan.

SYUKUR dapat dpertemukan dalam pelbagai program atau aktiviti diwaktu siang mahupun malam terutama aktiviti di kolej-kolej kediaman. Itulah dikatakan takdir penetu segalanya. Kita tidak pernah merancang pershabatan tersebut. Namun apabila keikhlasan serta perasaan saing hormat menghormati menebal dijiwa, tiada tembok pemisah dalam persahabatan.

MENGHORMATI pada semua peringkat umur terutama yang berusia dan disyangi pada yang lebih muda. Disantuni semua pihak demi memupuk erti sebuah persahabatan. Tiada adu-domba, tiada hasad mahu pun dengki dalam persahabatan.

SABAR dalam melayani sahabat yang punya pelbagai rentak kehidupan. Sahabat terbaik mampu ikhlas menegur seandainya kitatergelincir dan sentiasa menghulurkan apa jua bentuk bantuan. Memuji jika sahabat meraih kejayaan. Pastinya slam dn senyum menjadi satu pakej terbaik dalam pengekalan sebuah persahabatan.

Gabungan Mantap K5 dan K6 Cipta Kejayaan

MTB2016: FIXTH PRODUCTION  RANGKUL 2 ANUGERAH




SERDANG (16 September 2016) - Malam Tunas Budaya 2016 (MTB 2016) sekali lagi  berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan tema ’Suaraku, Iramaku, Espresiku’. MTB2016 menyaksikan 9 persembahan hjebat hasil gabungan kolej-kolej di Universiti Putra Malaysia (UPM) demi meraih gelaran juara MTB 2016. 

Kolej Kelima sekali lagi berkolaborasi dengan Kolej Keenam di bawah satu jenama produksi ‘Fixth Production’.  Seramai 40 orang pelajar tahun pertama daripada kolej Kelima dan kolej Keenam telah mengambil bahagian pada malam bersejarah itu. 




Fixth production mempersembahkan dramatari ’Legasi Dunia Baru’ yang berkisar tentang dunia baru yang penuh dengan teknologi canggih  seperti media sosial yang melalaikan anak-anak muda zaman sekarang. Namun jika semua kemudahan itu digunakan dengan cara yang bijak, teknologi canggih tersebut mampu menjadi wadah perpaduan yang amat baik untuk mereka. 



Foto eksklusif merakamkan kegembiraan K5 dan K6 setelah berjaya merangkul tempat ketiga persembahan terbaik keseluruhan.

Melalui pesembahan hebat pada malam tersebut, Fixth Production berjaya menyampaikan mesej yang berkesan kepada para juri dan memukau ribuan penonton yang hadir menyaksikan MTB 2016. Tepukan gemuruh berkumandang apabila gimnas Fixth Production membuat aksi akrobatik.

Berkat latihan, kesabaran dan kesungguhan, Fixth Production berjaya  dinobatkan sebagai pemenang Anugerah tempat ke-3 keseluruhan dan juga persembahan Muzik Terbaik. 

Syabas dan Tahniah dari semua warga K5 dan K6 UPM.

Teks dan Foto oleh Majlis Tindakan Mahasiswa (MTM) 2016/2016 Kolej 5.