Sunday, 28 August 2016

Pengetua dan Kepengetuaan


AMAT terkejut apabila menerima pelawaan untuk mengetuai Kolej Kediaman UPM sewaktu saya berada di Kuala Selangor membantu keluarga di Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Selangor, baru-baru ini.

Biar betul! "Betul lah tu ". Seperti yang tercatat pada WhatsApp, telefon pintar Vibe Lenovo. 

Lantas terbayang suatu ketika dahulu yang telah terukir menjadi satu nostalgia abadi. Teringat sewaktu mula bertugas di UPM dahulu pernah menjadi felo kolej. Itupun cuba beberapa purnama sahaja. Sewaktu menjadi guru sementara Sains di MRSM Seremban (kini dah dinaikkan taraf ke Kolej), juga pernah menjadi waden asrama.

Berat tanggungjawab tu? Maka mulalah mencari maklumat berkaitan Pengetua dan Kepengetuaan Kolej Kediaman di Google. Alhamdulillah terjumpa beberapa artikel yang sangat bermaklumat untuk menjadi panduan.

Menurut artikel karangan Khairul Anwar Mastor,  "Salah satu entiti penting dalam memastikan kejayaan agenda pembangunan pelajar di kolej kediaman ialah pengetua. Pengetua kolej adalah pensyarah yang dilantik oleh pihak pengurusan tertinggi universiti bagi mentadbir urus sesebuah kolej kediaman pelajar dan mengetuai agenda pembangunan pelajar.

"Di antara tugas-tugas pengetua yang disenaraikan oleh Bahagian Hal ehwal Pelajar ialah menjaga kebajikan pelajar, melaporkan kepada pihak Timbalan Naib Canselor (Hal ehwal Pelajar dan Alumni) berkaitan hal-hal pelajar, mewujudkan Jawatankuasa Tatatertib di peringkat Kolej, dan beberapa lagi tugas khusus pengetua.

"Tugas-tugas kepengetuaan yang dijalankan adalah tugas-tugas tambahan yang diamanahkan selain dari tugas-tugas hakiki sebagai seorang tenaga pengajar akademik di fakulti atau pusat pengajian masing-masing.

"Dengan ruanglingkup tugas kepengetuaan tersebut, seorang pensyarah yang sesuai dilantik sebagai pengetua seharusnya memiliki sifat pembawaan diri atau personaliti dan sifat kepimpinan yang tinggi.

Berat juga tanggungjawabnya! Namun itu satu amanah yang wajib digalas.

Sempat juga melayari Facebookdan terjumpa blog Pengetua Kolej Ibu Zain UKM yang begitu mengujakan pembaca mengikuti catatan pengalaman Tuan Anuar Ahmad. Banyak artikel yang ditulisnya dan sempat membacanya. Rezekilah katakan. Siap pulak dipautkan ke http://www.ukm.my/kiz/.

Menariknya nombor telefon bimbit beliau tertera pada blog tersebut.

Hati kecil berkata "Eluk benor kalau dapat belajar dari beliau yang banyak pengalaman".  Kata orang, belajar dari yang pandai.

"Bolehlah bertukar-tukar fikiran. Banyak inovasi yang telah beliau laksanakan semenjak mengepalai Kolej Ibu Zain UKM.

Persoalannnya sanggupkan beliau menerima "pelajar" yang nak belajar mengenai hal-hal berkaitan Pengetua dan Kepengetuaan tu?

SA2/TUI/Seri Kembangan


No comments:

Post a Comment