![]() |
Saudara Mohd Azman Shaari mengetuai bacaan ikrar MTM 2017/2018 |
Pada 25 Mei 2017,
yang lalu satu majlis sederhana namun meriah diadakan sebagai tanda menghargai jasa
bakti yang telah dicurahkan oleh barisan MTM bagi sesi 2016/2017 di samping
mengalu-alukan syaf kepimpinan MTM bagi sesi 2017/2018.
“Pihak kolej 5 merakamkan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan Majlis Tertinggi
Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2016/2017 yang diketuai oleh Saudara Muhammad
Zulsyafiq Jasni kerana telah menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan
baik sepanjang dua semester ini.
![]() |
Saudara Muhammad Zulsyafiq Jasni sedang menyampaikan ucapan. |
“Di samping itu,
sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Barisan Majlis Tertinggi
Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2017/2018 yang diketuai oleh Saudara Mohd Azman
Shaari kerana berjaya terpilih untuk membantu melancarkan pengurusan kolej
serta dapat mencapai objektif kolej kita iaitu membangunkan dan memartabatkan
Kolej Kelima di persada kecemerlangan pendidikan negara”, ujar Prof Sidek Ab
Aziz, selaku Pengetua Kolej 5 yang merasmikan majlis tersebut.
MTM Kolej 5 sentiasa menyokong aspirasi UPM iaitu ihsan
tonggak kecemerlangan dan percaya bahawa kehidupan para pelajar di UPM bukan
sekadar berfokuskan akademik dan sahsiah semata, malah juga merangkumi kecemerlangan
kesukanan, rekreasi, kemahiran insaniah, keusahawanan, kesukarelawanan dan
jaringan komuniti.
Prof Sidek turut
mengingatkan “Selain itu, MTM harus selari dengan aspirasi negara dan kerajaan,
tidak menyimpang dan menongkah arus. Semua ahli MTM yang terpilih dan dilantik
juga mestilah berkebolehan dalam memacu kemimpinan holistik di Kolej 5.
“Setiap aktiviti
yang bakal dianjurkan mestilah berfokuskan kepada pencapaian KPI, Misi, Visi
dan Matlamat Kolej Kelima. yang telah digariskan.
Selanjutnya
beliau menyeru para pemimpin muda Kolej 5, “Proses komunikasi antara MTM dan
seluruh pelajar kolej mestilah berkesan. MTM juga perlu memupuk semangat
patriotik dan perpaduan, mempunyai jati diri yang kukuh, proaktif memikirkan
program yang akan memberi impak sekaligus menambahkan pendapatan Kolej Kelima
yang mana akan memberi keuntungan kepada warga kolej.
“Justeru itu,
segala cabaran yang bakal ditempuh oleh semua MTM sesi 2017/2018 dapat diatasi
sebaik mungkin dan menjadi harapan saya semoga anda semua mampu menjalankan
tugas dengan baik pada tahun hadapan bermula dari hari ini.
Katanya lagi “Jika
kita mempunya banyak pilihan dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti,
maka pilihlah yang terbaik. Dan jika kita tiada pilihan maka buatlah yang
terbaik!”.
“Mulai sesi yang
baru ini, pihak pengurusan kolej telah bersetuju mengurangkan jumlah MTM
daripada 38 orang kepada 30 orang sahaja. Perubahan jumlah
MTM pada kali ini bertujuan untuk menspesifikasikan lagi skop tugas setiap MTM
dan harapan kami agar MTM kali ini dapat menjalankan tugas dengan lebih
cemerlang, efektif dan lebih berkualiti lagi berbanding tahun-tahun lalu.

“Walaupun jumlah
MTM pada sesi 2017/2018 dikurangkan sedikit, namun anda semua tidak perlu
khuatir kerana kita ada 'Skuad Lima' yang bersedia membantu kita menjayakan
lagi aktiviti yang bakal dijalankan di Kolej 5” tambah beliau.
Antara program
besar Kolej Kelima yang akan dijalankan pada awal semester 2017/2018 ialah Sambutan 4 Dekad Kolej Kelima meraikan penubuhan
Kolej Kelima yang telah berkhidmat mulai 12 Ogos 1977.
Oleh itu, semua
MTM bolehlah mula menggerakkan eksekutif
masing-masing untuk setiap program yang dijalankan dalam Sambutan 4 dekad Kolej
Kelima ini agar program ini dapat dijalankan dengan gilang gemilang. Harapan
saya semoga MTM sesi 2017/2018 mampu menggalas serta menjalankan tugas dan
amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Majlis turut dihadiri oleh staf-staf pentadbiran barisan
felo yang begitu komited memajukan Kolej Kelima.
No comments:
Post a Comment