Saturday, 3 September 2016

Silat Cekak Mampu Tingkat Sahsiah Siswa

UPM SERDANG (030916) - Pagi ini saya berkesempatan meluangkan masa bersama kelab dan persatuan pelajar UPM di Padang Kawad UPM. Pastinya begitu teruja dan seronok bertemu wakil wakil persatuan dan pelajar yang mendaftar entiti tersebut.

Sebenarnya banyak peluang dan ruang disediakan oleh UPM untuk pelajar berorganisasi meningkatkan sahsiah kepemimpinan mereka sepanjang mereka mengikuti pengajian mereka di Universiti Putra Malaysia. 




Sempat saya berkunjung ke booth Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi (KAHFI) UPM yang sedang meraikan pelajar baharu UPM. Kehadiran saya berkunjung ke booth persatuan ini disambut dengan senyuman walau belum saling mengenali saya dan presidennya serta ahli ahlinya.


Menurut Presiden persatuan iaitu Saudara Muhammad Shahfeeq bin Zalizan yang sedang mengikuti progrem Bacelor Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar di Fakulti Kejuruteraan UPM, berasal dari Gombak berkata “Melalui aktiviti yang dilaksanakan dapat meningkatkan sahsiah pelajar. Di samping dapat meningkatkan disiplin dan kerja berkumpulan dalam sesebuah organisasi.

“Kami membuat latihan silat cekak pada  setiap hari Iisnin dan Rabu mulai jam  8.45 hingga 10.45 malam. Dan ianya mengambil masa kami kira-kira hanya 4 jam seminggu”, ujarnya lagi.

Lokasi latihan bersilat adalah di padang ragbi berhadapan Fakulti Ekologi Manusia dan bangunan CIMB Cawangan UPM.


“Bagi memastikan komitmen ahli, kami mengenakan yuran pendaftaran RM50 kepada ahli baru termasuk sumbangan bulananan sebanyak  RM20. Kami tidak memaksa ahli melunaskan yuran sekali gus, malahan kami membenarkan ahli membayar bayar RM20 secara brperingkat sehingga peringkat tamat.

Amat menggembirakan lagi, kata Muhammad Shahfeeq, “Baru-baru ini persatuan kami telah menyertai Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi kali ke- 19 yang bertempat di Stadium Paroi, Seremban, N. Sembilan pada 9 April 2016.

“Alhamdulillah kontinjen UPM telah berjaya memenangi 2 kategori iaitu Tongkat Sepasang Wanita dan Buah Jatuh Khas Wanita di kejohanan Wajadiri tersebut. Setiap tahun kita bertanding, kalah dan menang adat bertanding, kuat dan lemah jangan dibanding, Semangat juang itu yang penting".


Berita perkembangan semasa persatuan ini boleh dicapai di Facebook dengan carian “Silat Cekak Hanafi UPM”,

Ayuh pelajar dan warga UPM semarakkan lagi kampus hijau UPM yang baru baru ini dinobatkan sebagai Universiti Inovatif pertama di Malaysia. Kita bersama Profesor Datin Naib Canselor  dan barisan kepimpinan UPM merealisasikan agenda dan matlamat UPM. 

SA2/K5/UPM

1 comment: