BEGITULAH semangat yang membara di kalangan pengetua, pengurus serta pentadbir kolej-kolej kediaman UPM bagi menjayakan satu aspirasi membudayakan 5S.
September 5, 2016 menjadi satu lipatan sejarah apabila semua kolej seia, sekata berazam mengamalkan budaya 5S di semua 17 kolej kediaman. Nampak macam mustahil, namun kesepakatan bakal menghasil bebunga kejayaan di masa depan.
Di Dewan Seri Harmoni, Kolej Kediaman Kelima, para peserta kursus Pembudayaan 5S kelihatan begitu ceria mengikuti perkongsian dari tiga penceramah undangan yang terdiri dari Prof Dr Sidek Ab Aziz (Pengetua Kolej 5) yang juga mantan Dekan Fakulti Sains, UPM, Encil Zainal dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM dan Encik Mohamed Noor dari BHEP UPM. Mereka berkongsi pengalaman melaksanakan budaya 5S di PTJ masing-masing.
Menurut Sidek "Amalan 5S merupakan salah satu kaedah pengurusan sistematik yang dipelopori oleh pihak industri Jepun ke arah mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S juga bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

"Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja," katanya lagi yang mula mempromosi membudayakan inisiatif 5S di Fakulti Sains sewaktu menjawat jawatan Dekan di Fakulti Sains sekitar akhir tahun 2008.
Menurutnya lagi, banyak pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui. Namun dengan semangat sepasukan yang ditunjukkan oleh setiap pegawai di Fakulti Sains, kesemua cabaran telah berjaya diatasi. Dan kini Fakulti Sains merupakan antara PTJ yang berjaya memperolehi Sijil 5S di kampus hijau UPM. Encik Zainal yang betugas sebagai Penolong Paegawai Sains, Fakulti Sains mengakui bahawa pelbagai cabaran telah mereka lalui. Semangat Briged 5S menambahkan lagi keseronokan berkerja di sana.
Encik Mohamed Noor pula berpendapat dan bersetuju bahawa Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.
Tambahnya lagi "Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan".
Kini BHEP melangkah mengorak ke satu budaya baharu iaitu EKSA Ekosistem Kondusif Sektor Awam, setelah berjaya memperolehi Persijilan 5S tidak berapa lama dahulu. Beliau sempat berkongsi perbandingan antara Inisiatif 5S dan juga EKSA. EKSA menurutnya adalah penambahbaikan inisiatif 5S secara menyeluruh.
Secara umumnya 5S merupakan istilah asal Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti berikut :
SELAMAT MEMBUDAYAKAN 5S.

- Seiri/Sort/ Sisih - Menyisih dokumen lama tidak aktif dengan dokumen baru yang masih aktif.
- Seiton/Set in order/Susun - Menyusun dokumen/ bahan/alatan pejabat supaya mudah diambil/diguna.
- Seiso/Shine/Sapu - Menyapu/membersih ruang pejabat dan ruang kerja/bilik serta peralatan kerja individu.
- Seiketsu/Standardise/Seragam- Menyeragamkan susunan fail/meja kerja/bilik mesyuarat/ peralatan pejabat.
- Shitsuke/Sustain/Sentiasa Mengamalkan - selaluAmal aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam.
SELAMAT MEMBUDAYAKAN 5S.
No comments:
Post a Comment