UPM SERDANG (030916) - Pagi ini saya berkesempatan meluangkan masa bersama kelab dan persatuan
pelajar UPM di Padang Kawad UPM. Pastinya begitu teruja dan seronok bertemu
wakil wakil persatuan dan pelajar yang mendaftar entiti tersebut.
Sempat saya berkunjung
ke booth Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi (KAHFI) UPM yang sedang meraikan pelajar
baharu UPM. Kehadiran saya berkunjung ke booth persatuan ini disambut dengan
senyuman walau belum saling mengenali saya dan presidennya serta ahli ahlinya.
Menurut Presiden persatuan iaitu Saudara Muhammad Shahfeeq
bin Zalizan yang sedang mengikuti progrem Bacelor Kejuruteraan Kimia dan Alam
Sekitar di Fakulti Kejuruteraan UPM, berasal dari Gombak berkata “Melalui aktiviti yang dilaksanakan dapat
meningkatkan sahsiah pelajar. Di samping dapat meningkatkan disiplin dan kerja
berkumpulan dalam sesebuah organisasi.
“Kami membuat latihan silat cekak pada setiap hari Iisnin dan Rabu mulai jam 8.45 hingga 10.45 malam. Dan ianya mengambil
masa kami kira-kira hanya 4 jam seminggu”, ujarnya lagi.
Lokasi latihan bersilat adalah di padang ragbi berhadapan Fakulti Ekologi Manusia dan bangunan CIMB Cawangan UPM.
“Bagi memastikan komitmen ahli, kami mengenakan yuran
pendaftaran RM50 kepada ahli baru termasuk sumbangan bulananan sebanyak RM20. Kami tidak memaksa ahli melunaskan
yuran sekali gus, malahan kami membenarkan ahli membayar bayar RM20 secara
brperingkat sehingga peringkat tamat.
Amat menggembirakan lagi, kata Muhammad Shahfeeq, “Baru-baru
ini persatuan kami telah menyertai Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak
Hanafi kali ke- 19 yang bertempat di Stadium Paroi, Seremban, N. Sembilan pada
9 April 2016.
“Alhamdulillah kontinjen UPM telah berjaya memenangi
2 kategori iaitu Tongkat Sepasang Wanita dan Buah Jatuh Khas Wanita di
kejohanan Wajadiri tersebut. Setiap tahun kita bertanding, kalah dan menang
adat bertanding, kuat dan lemah jangan dibanding, Semangat juang itu yang
penting".
Berita perkembangan semasa persatuan ini boleh
dicapai di Facebook dengan carian “Silat Cekak Hanafi UPM”,
Ayuh pelajar dan
warga UPM semarakkan lagi kampus hijau UPM yang baru baru ini dinobatkan
sebagai Universiti Inovatif pertama di Malaysia. Kita bersama Profesor Datin Naib
Canselor dan barisan kepimpinan
UPM merealisasikan agenda dan matlamat UPM.
SA2/K5/UPM