Sunday, 28 May 2017

Terima Kasih Zul Shafiq Jasni Mantan Presiden MTM K5 2016/2017

Saudara Muhamad Zul Syafiq Bin Jasni kini bergelar Mantan Presiden, yang berpeluang menerajui barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima bagi sesi 2016/2017. Berikut adalah suara hati beliau untuk dikongsikan bersama warga Kolej 5 dan sesiapa sahaja yang mngenali beliau.

Image may contain: 11 people, people smiling, indoor

Terima kasih Saudara Muhamad Zul Syafiq Bin Jasni, Presiden MTM  Kolej 5 bagi 2016/2017 atas kepimpinan menerajui MTM dan membangunkan warga kolej 5.

Syukur, Alhamdulillah pada tanggal 25 MEI 2017, berakhirlah sudah jawatan saya sebagai Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2016/2017. Seusai dengan pembubaran MTM sesi ini, saya mewakili MTM Kolej Kelima dengan kekuatan 38 orang memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang menerajui tampuk kepimpinan sesi 2016/2017.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada barisan MTM 2016/2017 yang menjadi tulang belakang kepada saya dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan,tidak dilupakan kepada barisan kepimpinan kelab-kelab Kolej Kelima yang memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Kolej Kelima, juga kepada semua warga Kolej Kelima, kepada Prof Sidek Ab Aziz, felo-felo serta pihak pengurusan Kolej Kelima kerana memberi peluang kepada kami untuk menerajui tampuk kepimpinan sesi ini, serta banyak membantu kami barisan MTM secara langsung atau tidak langsung sepanjang berkhidmat di Kolej Kelima.

Image may contain: 6 people, people smiling, indoor

Boleh saudara kongsikan, pencapaian bermakna warga  Kolej 5 sepanjang sesi 2016/2017

Sukaciata disini saya sertakan pencapaian dan kejayaan warga Kolej Kelima bagi sesi 2016/2017 :

Aktiviti Sukan.
- Memperbaiki kedudukan satu anak tangga untuk SUKOL lelaki dan Wanita
- SUKOL lelaki ( tempat ke-7)
- SUKOL Wanita ( tempat ke-8)
- Naib Johan Skuash (L)
- Naib Johan Skuash (W)
- Naib Johan Ragbi (L)
- Tempat ketiga Road Relay (L)
- Naib Johan Petanque(L)
- Separuh Akhir Petanque (W)
- Tempat ketiga,Olahraga 400m hurdle
- Suku Akhir - Bola Keranjang(L), Badminton(L),Memanah(L) ,Memanah(W),Futsal(L), Ragbi Sentuh(W), Tenpin Boling(L), Merentas kampus(L)

Image may contain: 22 people, people sitting

Aktiviti Kebudayaan.
- Tempat ke-3 keseluruhan bagi Malam Tunas Budaya(MTB)
- Anugerah Muzik Terbaik
- Pendukung Watak Wanita Terbaik(Teater SALMAH)
- Tempat ke-3 Tun Perak Festival 2.0( THE PICK)

Lain-lain aktiviti.
- Menjadi lokasi utama temuduga Pasukan Sorak Malaysia untuk SUKAN SEA 2017
- Saguhati untuk Pertandingan Pertanian Bandaran Peringkat Kolej Kediaman UPM 2016
- Finalis Pertandingan Mimbar Bicara Al-Amin Intervarsiti (Saudara Mujib)

Image may contain: one or more people

Apa pesanan saudara kepada warga Kolej 5.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga K5. Jutaan terima kasih buat warga Kolej Kelima yang banyak berkorban masa dan tenaga bagi memberikan sumbangan dan sentiasa menyokong penuh dalam penglibatan aktiviti-aktiviti kolej demi membawa nama K5 dipersada. Budi anda semua amatlah kami hargai.

Apa pulak harapan saudara kepada barisan kepimpinan MTM yang baru untuk sesi 2017/2018

Saya mendoakan agar MTM sesi 2017/18 dibawah pimpinan saudara Azman Shaari dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik. Imam Ghazali pernah berpesan, " perkara yang paling berat didunia ini adalah amanah.

Sebagai peringatan untuk diri ini dan semua. Menarik juga untuk saya kongsikan sepotong hadis ini, daripada Abdul Rahman Ibnu Samurah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku

" Janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin, sesungguhnya jika diberi dengan permintaan engkau maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya),Tetapi jika engkau diberi jawatan tanpa meminta maka engkau akan ditolong untuk mengatasinya" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Akhir kata dengan rasa rendah dirinya, Saya Muhamad Zul Syafiq Bin Jasni memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang memegang tampuk kepimpinan sesi 2016/17. Terima Kasih atas sokongan dan sumbangan anda semua. Jazakallah Khair, semoga Allah terima usaha murni kalian.

https://www.facebook.com/zulsyafiq.tetrachloroethane



Tuesday, 2 May 2017

KVPUPM2017 - WANG TUNAI UNTUK DIMENANGI


PERTANDINGAN MENCIPTA KLIP VIDEO PENDEK (KVP)
SEMPENA PROGRAM BULAN KESEJAHTERAAN DIRI:
PERANGI DADAH HABIS-HABISAN 2017




Anjuran Jemaah Pengetua Kolej, Universiti Putra Malaysia

RM 1,000.00 sedia ditawarkan untuk dimenangi oleh para pelajar kampus UPM.
Hanya dengan menyertai Pertandingan Klip Video Pendek pelajar berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

1.0              HADIAH PERTANDINGAN

Pertama:         RM 300.00 + Sijil
Kedua:             RM 200.00 + Sijil
Ketiga:             RM 100.00 + Sijil
Saguhati:         RM 50 X 8 + Sijil (8 penyertaan yang mendapat penilaian
tertinggi berikutnya.

Setiap penyertaan hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja. Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan.

Peserta dikehendaki menghasilkan klip video pendek (KVP) berdurasi 30 hingga 180 saat SAHAJA dengan mesej “Perangi  Dadah” mengikut kreativiti masing-masing.

Kandungan klip video sebaiknya bercirikan kepada infotainmen santai, namun mantap dan berkesan.
KVP terbaik ini akan dihakimi berdasarkan  undi  Popular menerusi Like Facebook dan YouTube (50%)  dan  juga  panel hakim (50%) yang dilantik.

Muatturun Syarat Pertandingan dan borang penyertaan.

Syarat-Syarat PERTANDINGAN

Pertandingan Mencipta Klip Video Pendek (KVP) sempena Program Bulan Kesejahteraan Diri: Perangi dadah Habis-Habisan  peringkat Universiti Putra Malaysia 2017

1.0              HADIAH PERTANDINGAN

Pertama:         RM 300.00 + Sijil
Kedua:             RM 200.00 + Sijil
Ketiga:             RM 100.00 + Sijil
Saguhati:         RM 50 X 8 + Sijil (8 penyertaan yang mendapat penilaian
tertinggi berikutnya.
Setiap penyertaan hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja. Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan.


2.0              KRITERIA PERTANDINGAN

2.1              Peserta boleh menggunakan apa sahaja jenis softwer bagi menghasilkan Klip Video Pendek (KVP) yang berkualiti dan boleh ditayangkan menerusi persekiataran Facebook dan YouTUBE.
2.2              Berikan juga tajuk KVP yang ringkas berdasarkan kandungan video tersebut.
2.3              Durasi klip video pendek sekitar 30 hingga 180 saat SAHAJA dengan mesej “Perangi  Dadah” mengikut kreativiti anda.
2.4              Klip video yang melebihi durasi 180 akan ditolak dan tidak layak untuk dipertandingkan.
2.5              Setiap KVP hendaklah merupakan idea asli dan belum pernah disiarkan di mana-mana medium digital. Produksi ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.
2.6              Penggunaan foto, video atau audio sokongan hendaklah diberikan penghargaan sewajarnya dan dinyatakan sumbernya. 
2.7              Semua penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta dan disahkan oleh Pengetua Kolej atau Dekan Fakulti masing-masing.
2.8              Pihak penganjur berhak menolak penyertaan  yang tidak menepati syarat-syarat pertandingan.
2.9              Keputusan hakim adalah muktamad.


3.0              SYARAT PENYERTAAN KVP

3.1              Peryertaan adalah secara individu atau kumpulan yang tidak melebihi 3 orang ahli dan hanya terbuka kepada para pelajar Universiti Putra Malaysia sahaja (pengesahan pelajar diperlukan).
3.2              Penyertaan adalah percuma. Setiap penyertaan mestilah menggunakan borang penyertaan rasmi yang boleh di muat-turun di laman web atau facebook.
3.3              Tarikh pemulaan pertandingan adalah 8 Mei 2017 dan tarikh tutup penyertaan adalah 20 Mei 2017 (Sabtu).

GARIS MASA PERTANDINGAN (Tentatif)

8 Mei 2017
20 Mei 2017
23 Mei 2017
25 Mei 2017
Pertandingan Bermula
Cipta KVP berdurasi kurang dari 180 saat.
Hantar borang penyertaan ke sekretariat KVP.**

Penyertaan ditutup dan klip video terpilih akan disenarai pendek di FB UPM
Tarikh tutup hebahan dan undian.

Pengumuman rasmi pemenang
PENGHASILAN KLIP VIDEO PENDEK
HEBAHAN VIDEO
PENILAIAN DAN PENGIRAAN LIKE
PENYAMPAIAN HADIAH
Muat naikkan klip video pendek anda ke akaun Facebook anda dan letakkan hashtag
#perangiDadah #UPM
#siswaBenciDadah
Klip video yang terpilih akan dikongsikan di FB UPM.
Hebahkan kepada rakan-rakan FB anda supaya mereka “LIKE” klip video anda di https://www.facebook.com/KVPUPM2017

Klip Video terbaik akan berdasarkan “LIKE” terbanyak (50%) dan 50% berdasarkan markah dari juri atau hakim yang dilantik.


3.4              Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
3.5              Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada pihak urusetia En. Falihin Kolej Kelima di talian 03-8947 7373
3.6              Borang penyertaan KVP yang  lengkap hendaklah dihantar kepada:

**Urusetia Pertandingan Mencipta Klip Video Pendek (KVP) sempena Program Bulan Kesejahteraan Diri: Perangi dadah Habis-Habisan
d/a Kolej Kelima
Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang, Selangor