Tuesday, 10 October 2017

Motivasi Pengetua 5 Bersama Usahawan Buah Tin Tersohor

MOTIVASI PENGETUA LIMA bersama Tuan Marzuki Shafie, Usahawan Buah Tin Malaysia di SURADA Sungai Ramal Dalam. Ikuti rakaman selangsung dari Fig Fertigation Malaysia. Apa yang menarik, graduan Fizik kini bergelar ushawan buah tin yang tersohor.

Sunday, 8 October 2017

Cabaran SUKOL2017 Bermula


Image may contain: 21 people, people smiling, people standing and outdoor


Kejohanan berprestij Sukan Antara Kolej (SUKOL) Universiti Putra Malaysia (UPM) sepanjang sesi 2017/2018 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UPM dengan penyertaan daripada 17 buah kolej kediaman di UPM. Majlis perasmian SUKOL2017 telah sempurna dirasmikan oleh Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, Naib Canselor UPM di Stadium UPM pada 8 Oktober 2017.

"Tujuan utama penganjuran SUKOL ialah bagi mencari bakal-bakat di kalangan pelajar bagi mewakili UPM ke kejohanan sukan yang disertai UPM seperti MASUM, SUKIPT dan lain-lain. Selain itu, kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kecintaan terhadap UPM serta mengeratkan silaturrahim sesama pelajar dan staf UPM", menurut Dr Hanafiah Ayub, Ketua Pusat Sukan UPM.

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing and outdoor

Katanya " Pada kali ini sebanyak 32 acara sukan akan dipertandingkan sepanjang sesi 2017/2018. 13 acara sukan termasuk bola keranjang, badminton, sofbol, tenpin boling, merentas kampus, ragbi, memanah, olah raga, ping-pong, memanah dan golf akan diadakan pada semester 1. Selebihnya akan dilaksanakan pada semester kedua."

Antara objektif penganjuran Kejohanan SUKOL UPM ialah Sebagai landasan untuk mengenalpasti bakat-bakat di kalangan pelajar kolej yang boleh diketengahkan untuk mewakili pasukan UPM ke peringkat MASUM dan kejohanan-kejohanan lain.

Disamping itu, SUKOL menyediakan ruang dan peluang bagi menggalakkan warga kolej membabitkan diri dalam aktiviti sukan, membentuk graduan yang sihat dari segi mental dan cergas fizikal serta mahasiswa yang berdaya saing, tahan lasak dan kreatif.
Image may contain: 11 people, people smiling, people standing


"SUKOL juga sebagai medan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar kolej di dalam pengurusan sesebuah pasukan bagi penyertaan dalam sesebuah kejohanan. Di samping untuk membentuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar-pelajar kolej di dalam penyertaan bidang sukan", ujar Dr Hanafiah lagi.