Teks Ucapan Tetamu Kehormat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
1) Yang Berusaha, Prof. Madya Dr. Faieza Binti Abdul Aziz, Pengetua Kolej 16,
2) Yang Dihormati, Prof. Madya Dr. Anjas Asmara, Mantan Pengetua Kolej Enam Belas,
3) Saudara Muhammad Ikhmal Shaffiq Bin N. Sherap, Presiden Majlis Tertinggi MahasiswaKolej 16,
4) Ahmad Hazwan Bin Jamali, Pengarah Majlis Keunggulan Mahasiswa Kolej 16,
5) Cik Marni Binti Kassim, Felo Pemantau Majlis Keunggulan Mahasiswa Kolej 16,
6) Pegawai-pegawai kanan Universiti Putra Malaysia,
7) Pengetua-pengetua kolej kediaman UPM,
8) Pengurus-pengurus kolej kediaman UPM,
9) Barisan Felo dan Staf Kolej Enam Belas,
10) Barisan Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej-kolej Kediaman UPM,
11) Barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Enam Belas,
12) tetamu-tetamu jemputan,
13) Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Keunggulan Mahasiswa (MAKSIS2017/2018),
14) yang diraikan para pelajar tahun akhir serta hadirin yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan majlis kerana sudi mengundang saya ke Majlis Keunggulan Mahasiswa(Maksis) Kolej Enam Belas sesi 2017/2018. Justeru, dalam kesempatan ini marilah kita bersama-sama bersyukur kepada tuhan kerana dengan keizinan-Nya, kita diberi peluang untuk hadir ke majlis yang sangat bermakna ini, khusus untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang banyak menyumbangkan tenaga,masa dan wang demi mencapai misi dan visi hidup yang mereka mahukan.
Para hadirin sekalian,
Anda masih muda. Perjalanan untuk memburu kecemerlangan akademik masih jauh dan terbentang luas di hadapan. Justeru, usah persia kesempatan yang ada, kerana kata hukamak, “barangsiapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya umpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.”
Sementara Alvin Toffler, seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa,
“Bidang pendidikan pada abad ini sangat penting dan mesti berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, mampu menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara kritis,” .
Demikianlah perihal kepentingan penguasaan ilmu.
Justeru, berbekalkan sijil graduasi yang anda bakal terima kelak, serta iringan doa dan harapan daripada ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan, saya yakin anda akan menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan, sejajar dengan matlamat dan visi universiti dan aspirasi kerajaan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama demi kesejahteraan negara.
Hadirin sekalian,
Penguasaan ilmu- ilmu moden seperti sains dan teknologi dalam kalangan rakyat akan dapat meningkat daya saing negara di peringkat global. Menyedari akan kepentingan penguasaan ilmu-ilmu ini di peringkat ini, maka anda adalah antara golongan yang sangat diharapkan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang ini. Selain itu, aspek pembangunan sahsiah diri dan kecerdasan kerohanian ( sq ) mesti diberi keutamaan. Rasionalnya, pakej tiga dalam satu ini adalah bertujuan untuk menjadikan anda sebagai insan yang seimbang dan dapat memenuhi antara tuntutan dunia danakhirat agar anda dapat mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan kecemerlangan di akhirat.
Di samping itu, aspek kemahiran insaniah ‘soft skill’ dan penghayatan nilai-nilai patriotisme yang disemai melalui pembelajaran mata pelajaran sejarah, ketrampilan komunikasi, kreativiti, inovasi, kepimpinan, pengurusan organisasi dan sebagainya perlu dikuasai ketika anda terlibat dalam aktiviti kokurikulum di universiti. Para bijak pandai ada membuattamsilan iaitu, belajar di waktu kecil bagai mengukir di atas batu, belajar sesudah dewasa bagai mengukir di atas air.Justeru, fikir-fikirkanlah.

Dalam pada itu, kerajaan tidak mahu rakyatnya masih lagi memiliki minda kelas ketiga ketika kerajaan sudahpun membangunkan infrastruktur kelas pertama. Justeru, ketrampilan anak-anak dalam pelbagai disiplin ilmu adalah sangat diharapkan oleh kerajaan. Sesungguhnya tenaga kerja yang mahir dan kompeten merupakan aset terpenting bagi melestari dan menjayakan misi nasional ini.
Saya ingin menyentuh tentang isu yang agak hangat diperbincangkan sekarang, iaitu Industry Revolution 4.0. Mendepani cabaran Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, pelajar di universiti mesti keluar daripada kebiasaan. Forum Ekonomi Dunia (WEF) menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu Critical Thinking & Problem Solving, Communication, Collaboration dan Creativity pada semua peringkat pengajian, termasuk di menara gading. Jika di sekolah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi nadi, pelajar di universiti usahlah leka berdiam diri.
Kemahiran 4C mesti diasah setiap penjuru kehidupan, di kolej kediaman, dewan kuliah, merentasi aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan dan juga di padang sukan. Sebagai persiapan menghadapi cabaran Industri 4.0, pelajar di universiti perlu mempertimbangkan tindakan berikut, iaitu pertama menajamkan kemahiran penyelesaian masalah kompleks yang mana ianya diukur menerusi kedalaman analisis dan pengetahuan diperlukan, keterlibatan isu yang unik, keperluan mematuhi piawaian ditetapkan, impak penyelesaian terhadap pelbagai aspek seperti ekonomi, persekitaran, sosial, politik, etika, kesihatan dan kelestarian. Seterusnya memperkemaskan kemahiran komunikasi lisandan bertulis, mengukuhkan diri sebagai pemimpin dan ahli pasukan, kayakan diri dengan kepintaran emosi, memanfaatkan semua peluang , sentiasa kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan cadangan seterusnya beranidalam mengambil risiko.
Industri 4.0 merupakan pemangkin dalam melahirkan lulusan berkualiti, berpengetahuan serta berkemahiran dalam memenuhi kehendak pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Maka, semua pihak termasuk pelajar perlu menyiapkan diri dengan kemahiran terkini bagi memastikan ia mampu memenuhi kehendak pasaran baharu itu.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para bakal graduan atas kejayaan anda yang bakal menamatkan pengajian ijazah tidak lama lagi. Akhir kata dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikanMajlis Keunggulan Mahasiswa Kolej 16 sesi 2017/2018.

Sekian, terima kasih.