"Ramai nak jadi macam anak-anak Sidek. Lagenda Badminton Negara. Kisah perjuangan mereka di arena Sukan Badminton penuh dengan cabaran, debaran dan cerita kejayaan serta kejayaan yang tertunda.
"Mereka berjuang demi visi dan misi ayahanda mereka yang mahukan keluarga mereka mengharumkan negara menerusi perlawanan Piala berprestij All England dan Piala Uber.
"Sebahagian warga atlet UPM yang bakal bertanding di Kejohanan SUKIPT 2018, mendapat suntikan azimat, perangsang untuk meraih kejayaan demi kejayaan untuk UPM.
Begitulah harapan Pusat Sukan UPM menganjurkan Dialog Atlet UPM bersama Tokoh Badminton Negara, Datuk Misbun Sidek dan Datuk Seri Jailani Sidek, di Kolej 6 pada 26 Januari 2018.
Dialog yang cukup berkesan dan bermakna di moderasikan oleh En Nor Kamal Ahmd. Bersama hadir dalam program termasuklah Hj Mohd Nazri Noh, Puan Zaharah Abdullah, Wan Din aka Wan Zaharuddin Wan Abdullah,Fahmi Azar Mistar, Muhazam Mansor dll.