
SERDANG – Kolej Kelima menerusi Kelab Generasi Fifth, Sekretariat Kesukarelawanan & Jaringan Komuniti, Majlis Tertinggi Mahasiswa Sesi 2016/2017, Universiti Putra Malaysia menganjurkan program "Jelajah Merentas Samudera: Misi Kesukarelawanan Antarabangsa (JMS2017-MKA) ".
Menurut Saudara Kairul Anwar Surbani selaku Pengarah Program JMS2017-MKA
“Program ini merupakan salah satu agenda amat bermakna untuk dijayakan selepas
program Bertemu Di Bawah Bayu (BDBB) di Sabah pada tahun lepas.
Menurut beliau lagi, “Perlaksanaan program ini bertujuan mendidik
mahasiswa sebagai duta kecil dalam usaha mempromosikan dan memperkenalkan UPM
sebagai pusat kecemerlangan dalam melahirkan mahasiswa yang unggul dan berdaya saing.
“Program ini juga merupakan salah satu elemen terpenting dalam mencapai
Misi Nasional – ke arah membangunkan modal insan dengan meningkatkan keupayaan
pengetahuan, kreativiti dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama yang boleh
dilihat menerusi Teras KeduaMisi Nasional 2006-2020”, tambah Saudari Ernie/Nerisa Mohd Izham yang bertindak
sebagai Pengarah Majlis Perasmian JMS2017-MKA yang berlangsung baru-baru ini.

Majlis pelancaran program antarabangsa telah disempurnakan oleh Prof Dr
Sidek Ab Aziz, Pengetua Kolej Kelima UPM di majlis yang sederhana namun amat bermakna
di Dewan Seri Harmoni yang dihadiri lebih dari 150 pelajar kolej turut memberi sumbngan
kewangan dan sokongan moral yang padu kepada peserta program JMS207 –MKA.
“Saya difahamkan bahawa seramai 28 orang peserta dari Kolej 5 UPM terlibat menjayakan program di sekitar Selangor
dan juga Bogor, Indonesia. Kolej 5 berasa begitu bangga atas inisiatif ini kerana
pastinya program tersebut akan menjadi platform bagi pelajar- pelajar ini menjadi
pemimpin masyarakat suatu hari nanti.
Para pelajar perlu mempunyai sikap lebih berdikari dan berusaha lebih
gigih untuk memastikan mereka mampu menghadapi segala rintangan dan cabaran di
masa hadapan.
Tambah Prof Sidek “Keperluan membangunkan modal insan ini dilihat amat
penting dalam memperkasakan kepimpinan dan meningkatkan pembangunan diri
pemimpin melalui aspek pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme agar lebih bersedia
dan berkeyakinan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Kolej 5 percaya bahawa program JMS2017-MKA
dapat memperkukuhkan para pelajarnya aspek kemahiran insaniah, berbakti kepada masyarakat luar dalam
pencapaian akademik, peningkatan sahsiah dan membantu permasalahan pelajar-pelajar
sekolah di samping mewujudkan suasana kemasyarakatan yang harmoni serta mendedahkan
para pelajar tentang budaya dan adat resam negara Indonesia.
Selain itu, penganjuran program ini dapat memberi pendedahan kepada
mahasiswa untuk bekerjasama secara profesional dalam sesebuah organisasi bagi
mencapai objektif dan matlamat yang sama serta memupuk semangat kepimpinan
dalam kalangan mahasiswa.
Felo K5 Rizal Mohd Hussain selaku Pegawai Pemantau Kelab Generasi turut
berkongsi pendapat bahawa Program JMS2017-MKA
mampu membentuk para pemipin muda
menambahkan ilmu dan pengalaman serta sentiasa berfikiran strategik.
“Para pemimpin muda sewajarnya sentiasa relevan dengan peredaranmasa
dan perubahan persekitaran. Dengan erti
kata lain, para graduan IPT mesti memiliki kemahiran yang bersesuaian bagi
menghadapi cabaran semasa. Perlaksanaan
aktiviti-aktiviti seperti JMS2017-MKA dilihat sebagai salah satu mekanisma yang
berkesan dalam melahirkan para pemimpin muda yang lebih terbuka mindanya di
samping memberi pengalaman dalam membina keyakinan menghadapi kehidupan yang
penuh dengan cabaran dan dugaan”, tambah En Rizal Hussain.
Prof Sidek turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua eksekutif
yang bakal menjayakan program JMS2017-MKA yang bermula dari 1 – 8 Aprl 2017 di
Selangor dan Bogor Indonesia. Beliau turut berharap agar semua peserta program
dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap bantuan dan sokongan
sepanjang program ini dijalankan.
No comments:
Post a Comment