Wednesday, 19 July 2017

Dekad Perjalanan Sahabat

Eksklusif buat Sahabat G77

Sahabat
Izinkan kami mengimbau sebuah retrospektif
Dekad perjalanan ini
Syukur dan jua terima kasih atas ruang peluang juga kesempatan
Menjadikan kita sejati bersahabat
Walau berbeza derajat waima pangkat
Namun penerimaan kalian sentiasa hebat
Kalian tidak memilih persahabatan tanpa syarat
Yang berada, kurang berada atau yang tiada
Namun kalian terima kami seadanya
Kerana keikhlasan serta murninya hati kalian
Menjadikan tali persahabatan buat kita sepakat
Cukup hebat
Cukup segalanya

Sahabat
Dalam dasawarsa perjalanan kehidupan
Kita semua terdampar di sebuah bukit serta sungai berbesi
Dua puluh empat purnama mencari pengetahuan serta pengalaman
Mencari identiti diri
Mencari sesuatu sebuah erti kehidupan
Buat bekalan di masa depan

Sahabat
Di sana kita sepakat dengan sebuah ikatan yang erat
Kita senyum tawa bersama
Kerap kali kita menangis juga bersama
Telah kita harungi bersama
Pelbagai ujian, cobaan serta dugaan
Mematangkan minda dunia remaja ke era kedewasaan
Bagi menjadikan kita kuat seterusnya hebat

Sahabat
Dua puluh empat bulan berlalu pergi
Dan tiba masa ketikanya
Kita semua membawa haluan memasing
Merantau mencari erti kehidupan sebenar
Ke pelusuk negara maima kembara ke pelusuk dunia
Merentas  ke puncak dunia

Sahabat
Terima kasih mampu kami rakamkan
Menelusuri sebuah persahabatan hakiki
Yang kita namai bersama G77
Kita masih bersama bersatu seperti dulu
Sempat juga kita bangga raikan angka 25  
Memori indah Jubli Perak di Glenmarie Saujana
Dan kini telah tiba detik dan masa
Empat dekad kini menjenguk tiba
Namun persahabatan telah kuat terikat
Izinkan kami terus bersahabat
Selamat di dunia serta akhirat
Hidup bahagia dilimpahi berkat


Ilham rasa OP Sidek Ab Aziz

C Epsilon G77
(Sempena Majlis Makan Malam OPA, One World Hotel, Damansara 5 Ogos 2017) 

Monday, 17 July 2017

13 Hadiah Terbaik* Dan 10 Surah Pilihan























Pastimya hadiah demi hadiah telah dan akan kita terima dengan hati yang sungguh gembira.
Lebih gembira apabila kita yangmampu dan dapat menghadiahkan sesuatu kepada penerima hadiah tersebut.

Hadiah tidak harus sesuatu berupa wang atau harta benda. Hatta memberi hadiah atau sedekah juga dapat menggembirakan orang keliling, walau sekuntum senyuman yang manis.

Berikut adalah antara hadiah terbaik. *Terima kasih kepada penulis asal dari media WhatsApp. Mari kita kongsikan bersama. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang di antaranya :

1. Hadiah terbaik utk seorg sahabat adalah *Doa.*
2. Hadiah terbaik utk seorg musuh. *Pemberian maaf.*
3. Hadiah terbaik utk seorg guru adalah *Penghormatan.*
4. Hadiah terbaik utk murid adalah *Tauladan.*
5. Hadiah terbaik utk sebuah kehidupan adalah *Kasih Sayang.*

6. Hadiah terbaik utk sebuah kematian adalah *Al-Fatihah.*
7. Hadiah terbaik utk org tua adalah *Berbakti.*
8. Hadiah terbaik utk isteri adalah *Penghargaan.*
9. Hadiah terbaik utk suami adalah *Kesetiaan.*

10. Hadiah terbaik utk anak adalah *Pendidikan.*
11. Hadiah terbaik utk diri sendiri adalah *Kejujuran.*
12. Hadiah terbaik utk org yg tidak dikenali adalah *Senyuman.*
13. Hadiah terbaik utk Rasulullah Saw adalah *Selawat.*


Nabi Muhammad saw bersabda:

"Saling memberi hadiahlah, nescaya kalian akan saling mencintai."

Selalulah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, karena pemberian anda hari ini adalah ganjaran utk dunia dan akhirat

Mood Raya Syawal.

 Mood Raya. Syawal sebulan disambut. Puasa Ramadan sebulan ditunaikan.
 Alhamdulillah. Syukur Nikmat.

"Bagi orang yang melaksanakan puasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka, dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabbnya"

"Selamat Hari Raya Aidilfitri
Bersalaman-salaman kita semua
Salah dan khilaf mohon diampunkan
Maaf Zahir Batin kita bersama"

Raya di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM


 Raya di Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM


Raya di KOSASS UPM


Raya di Akademi Sukan UPM


Alhamdulillah.  Syukur.  

Tazkirah 5 | 8 Jenis Rezeki Dari Allah *

















*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*
‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*
‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*
‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*
‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*
‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta."
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*
‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*
‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu."
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*
‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

*Salam Ukhwah Fillah...Sumber WhatsApp dari Pn Sazana Saleh


Friday, 7 July 2017

Perkongsian Bestari 2 - 5


Alhamdulillah, dalam kesempatan, ruang dan peluang yang diberikanNya, sempat kami berkongsi beberapa perkara, walau nampak asas, namun ianya boleh menjadi panduan, ingatan dan juga amalan seharian sepanjang kehidupan.

2 Perkara

Sering kami ingatkan semua.

  • ·       Jika ada banyak pilihan yang diberikan, pastikan kita pilih yang terbaik.
  • ·       Manakala jika tiada pilihan, buat atau laksanakan perkara tersebut sebaik yang mungkin.

-------------------------------------------------------------------------


3 Perkara

RPK – Gunakan sebaik yang mungkin 3 perkara berikut:

  • ·       Ruang
  • ·       Peluang
  • ·       Kesempatan
Ada yang sudah diberi ruang, namun tidak mengambil peluang dan tiadalah kesempatan.
Ada yang nampak ada peluang, tetapi tiada ruang dan juga kesempatan.
Ada yang mengambil kesempatan yang baik apabila diberikan ruang dan peluang.

ASK – Resepi Kejayaan individu menurut Model ASK

  • ·       Attitude /Sikap – sentiasa positif, berlapang dada dalam melaksanakan tugasan serta cabaran yang diberikan.
  • ·       Skill /Kemahiran  - Gunakan kesempatan, ruang dan peluang memperolehi pelbagai kemahiran termasuk kemahiran insaniah.
  • ·       Knowledge / Pengetahuan – ilmu dan pengetahuan dapat digunakan semasa, malahan untuk masa hadapan.

Semalam – Hari Ini -Esuk : 3 Perkara
Sering dalam ucapan, taklimat atau diskusi, kami mengingatkan diri dan juga para pelajar, rakan sejawat, sahabat taulan dan juga rakan. 3 perkara itu adalah Semalam, Hari Ini dan Esuk.


  • ·       Semalam – telah berlalu pergi, menjadi satu catatan sejarah kehidupan yang tidak boleh dipinda. Yang terbaik jadikan amalan seterusnya, manakala yang kurang baik menjadi sempadan, agar tidak melakukannya lagi.
  • ·       Hari ini – merupakan satu kesempatan, ruang dan juga peluang yang perlu digunakan sebaiknya. Makanya lakukanlah atau laksanakanlah sebaiknya agenda yang telah dirancang semalam, minggu lepas atau tahun lepas.
  • ·       Esuk – belum pasti diberikan ruang, peluang dan kesempatan. Kita hanya mampu merancang pada hari ini untuk dilaksakan esuknya. Maka sebaiknya iringilah dengan doa segala harapan dan perancangan menjadi kenyataan.

-------------------------------------------------------------------------


4 Perkara


4 situasi yang dihadapi oleh pelajar

  • ·       Pelajar Biasa – hanya menunggu dan melihat peluang yang datang kepadanya sahaja.
  • ·       Pelajar Gagal – mensia-siakan ruang, peluang dan kesempatan yang diberikannya.
  • ·       Pelajar Cemerlang – sentiasa berusaha mencari ilmu, pengalaman.
  • ·       Pelajar Hebat – sentiasa mencipta peluang dengan menggunakan segala ruang dan juga kesempatan demi mencipta kejayaan demi kejayaan.  Mereka bukan menunggu sumber ilmu dan pengetahuan serta pengalaman datang kepada mereka.

4 perkara ABCD

  • ·       A – Amanah, adil dan ikhlas
  • ·       B – Bijaksana, Bersih, Bersabar, Bertanggungjawab
  • ·       C – Cekap, cepat dan tepat
  • ·       D – Dedikasi, disiplin
Perkara-perkara tersebut selari dengan prinsip etika kerja dan nilai-nilai murni dalam tugasan seharian.

-------------------------------------------------------------------------

5 Perkara


5 perkara untuk amalan – tips IHSAN

  • ·       Integriti diamalkan dalam segala perbuatan dan pekerjaan serta perlakuan
  • ·       Hormat sesama insan. Yang lebih dewasa dihormati, yang kecil disiyangi.
  • ·       Semangat kerjasama dipertingkatkan dalam semua urusan. Sepakat membawa berkat menjadikan kita kuat dan seterusnya hebat.
  • ·       Aura Positif ditonjolkan selalu menghadapi perjalanan kehidupan agar beroleh kebahagiaan dan keberkatan. Cari sisi positif berbanding negatif.
  • ·       Niat Betul dalam sesuatu tugas sebagai tanggungjawab dan amanah yang sebaik mungkin untuk dilaksanakan

5K – Formulasi kejayaan individu

  • ·       Kepimpinan – pimpin diri sendiri sebelum memimpin yang lain.
  • ·       Keberanian – berani melakukan sesuatu cabaran yang baik.
  • ·       Keyakinan – binalah keyakinan dan sahsiah peribadi yang tinggi dalam usaha menghadapi cabaran sepanjang kehidupan.
  • ·       Kesukarelawanan – menghulurkan tenaga, memberikan masa untuk membantu pihak lain dengan ikhlas tanpa memikirkan “Apa yang aku dapat dari aspek kewangan”. Sebaiknya fikirkanlah apakah pengalaman, pengajaran, ilmu yang diperolehi.
  • ·       Kerohanian – sentiasa bersyukur, berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Pencipta setelah berusaha melakukan sebaik yang mungkin.

5S – pembentuk jati diri unggul

  • ·       Solat – ditunaikan solat fardu dan sunat agar kehidupan dilimpahi keberkatan dan bahagiaan.
  • ·       Syukur – dalam semua perkara. Jangan bandingkan dengan golongan yang diatas, sebaiknya bandingkan dengan yang dibawah.
  • ·       Sabar – dalam segala ujian dan cabaran kehidupan. Ujian kemiskinan dan ujian kekayaan di atasi sebaiknya.
  • ·       Salam – diucapkan agar silaturrahim dipertingkatkan.
  • ·       Sedekah – memberi adalah nikmat yang paling terbaik. Biar sedikit namun ikhlas diutamakan. Hatta mengukirkan sekuntum senyuman.

Wednesday, 5 July 2017

Proses Peralihan Kepimpinan MTM Kolej 5 Berjalan Lancar

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing, suit and indoor
Saudara Mohd Azman Shaari mengetuai bacaan ikrar MTM 2017/2018
Serdang – Kolej 5 sepertimana kolej-kolej yang lain akan membentuk barisan kepimpinan baru Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) bagi sesi pengajian 2017/2018. MTM merupakan kumpulan eksekutif pelajar sebagai pengantara antara pelajar Kolej Kelima dengan pengurusan kolej, manakala  felo pula bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada aktiviti atau program kendalian MTM dan juga kelab-kelab pelajar yang dinanunginya.

Pada 25 Mei 2017, yang lalu satu majlis sederhana namun meriah diadakan sebagai tanda menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan oleh barisan MTM bagi sesi 2016/2017 di samping mengalu-alukan syaf kepimpinan MTM bagi sesi 2017/2018.

“Pihak kolej 5 merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2016/2017 yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zulsyafiq Jasni kerana telah menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik sepanjang dua semester ini.

Image may contain: 2 people, people standing
Saudara Muhammad Zulsyafiq Jasni  sedang menyampaikan ucapan.


“Di samping itu, sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2017/2018 yang diketuai oleh Saudara Mohd Azman Shaari kerana berjaya terpilih untuk membantu melancarkan pengurusan kolej serta dapat mencapai objektif kolej kita iaitu membangunkan dan memartabatkan Kolej Kelima di persada kecemerlangan pendidikan negara”, ujar Prof Sidek Ab Aziz, selaku Pengetua Kolej 5 yang merasmikan majlis tersebut.

MTM Kolej 5 sentiasa menyokong aspirasi UPM iaitu ihsan tonggak kecemerlangan dan percaya bahawa kehidupan para pelajar di UPM bukan sekadar berfokuskan akademik dan sahsiah semata, malah juga merangkumi kecemerlangan kesukanan, rekreasi, kemahiran insaniah, keusahawanan, kesukarelawanan dan jaringan komuniti.

Prof Sidek turut mengingatkan “Selain itu, MTM harus selari dengan aspirasi negara dan kerajaan, tidak menyimpang dan menongkah arus. Semua ahli MTM yang terpilih dan dilantik juga mestilah berkebolehan dalam memacu kemimpinan holistik di Kolej 5.

“Setiap aktiviti yang bakal dianjurkan mestilah berfokuskan kepada pencapaian KPI, Misi, Visi dan Matlamat Kolej Kelima. yang telah digariskan.

Selanjutnya beliau menyeru para pemimpin muda Kolej 5, “Proses komunikasi antara MTM dan seluruh pelajar kolej mestilah berkesan. MTM juga perlu memupuk semangat patriotik dan perpaduan, mempunyai jati diri yang kukuh, proaktif memikirkan program yang akan memberi impak sekaligus menambahkan pendapatan Kolej Kelima yang mana akan memberi keuntungan kepada warga kolej.

“Justeru itu, segala cabaran yang bakal ditempuh oleh semua MTM sesi 2017/2018 dapat diatasi sebaik mungkin dan menjadi harapan saya semoga anda semua mampu menjalankan tugas dengan baik pada tahun hadapan bermula dari hari ini.

Katanya lagi “Jika kita mempunya banyak pilihan dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti, maka pilihlah yang terbaik. Dan jika kita tiada pilihan maka buatlah yang terbaik!”.

“Mulai sesi yang baru ini, pihak pengurusan kolej telah bersetuju mengurangkan jumlah MTM daripada 38 orang kepada 30 orang sahaja. Perubahan jumlah MTM pada kali ini bertujuan untuk menspesifikasikan lagi skop tugas setiap MTM dan harapan kami agar MTM kali ini dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang, efektif dan lebih berkualiti lagi berbanding tahun-tahun lalu.


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing


“Walaupun jumlah MTM pada sesi 2017/2018 dikurangkan sedikit, namun anda semua tidak perlu khuatir kerana kita ada 'Skuad Lima' yang bersedia membantu kita menjayakan lagi aktiviti yang bakal dijalankan di Kolej 5” tambah beliau.

Antara program besar Kolej Kelima yang akan dijalankan pada awal semester 2017/2018  ialah Sambutan 4 Dekad Kolej Kelima meraikan penubuhan Kolej Kelima yang telah berkhidmat mulai 12 Ogos 1977.  

Oleh itu, semua MTM bolehlah mula  menggerakkan eksekutif masing-masing untuk setiap program yang dijalankan dalam Sambutan 4 dekad Kolej Kelima ini agar program ini dapat dijalankan dengan gilang gemilang. Harapan saya semoga MTM sesi 2017/2018 mampu menggalas serta menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Image may contain: 11 people, people standing and indoor
Majlis turut dihadiri oleh staf-staf pentadbiran barisan felo yang begitu komited memajukan Kolej Kelima.