Friday, 7 July 2017

Perkongsian Bestari 2 - 5


Alhamdulillah, dalam kesempatan, ruang dan peluang yang diberikanNya, sempat kami berkongsi beberapa perkara, walau nampak asas, namun ianya boleh menjadi panduan, ingatan dan juga amalan seharian sepanjang kehidupan.

2 Perkara

Sering kami ingatkan semua.

  • ·       Jika ada banyak pilihan yang diberikan, pastikan kita pilih yang terbaik.
  • ·       Manakala jika tiada pilihan, buat atau laksanakan perkara tersebut sebaik yang mungkin.

-------------------------------------------------------------------------


3 Perkara

RPK – Gunakan sebaik yang mungkin 3 perkara berikut:

  • ·       Ruang
  • ·       Peluang
  • ·       Kesempatan
Ada yang sudah diberi ruang, namun tidak mengambil peluang dan tiadalah kesempatan.
Ada yang nampak ada peluang, tetapi tiada ruang dan juga kesempatan.
Ada yang mengambil kesempatan yang baik apabila diberikan ruang dan peluang.

ASK – Resepi Kejayaan individu menurut Model ASK

  • ·       Attitude /Sikap – sentiasa positif, berlapang dada dalam melaksanakan tugasan serta cabaran yang diberikan.
  • ·       Skill /Kemahiran  - Gunakan kesempatan, ruang dan peluang memperolehi pelbagai kemahiran termasuk kemahiran insaniah.
  • ·       Knowledge / Pengetahuan – ilmu dan pengetahuan dapat digunakan semasa, malahan untuk masa hadapan.

Semalam – Hari Ini -Esuk : 3 Perkara
Sering dalam ucapan, taklimat atau diskusi, kami mengingatkan diri dan juga para pelajar, rakan sejawat, sahabat taulan dan juga rakan. 3 perkara itu adalah Semalam, Hari Ini dan Esuk.


  • ·       Semalam – telah berlalu pergi, menjadi satu catatan sejarah kehidupan yang tidak boleh dipinda. Yang terbaik jadikan amalan seterusnya, manakala yang kurang baik menjadi sempadan, agar tidak melakukannya lagi.
  • ·       Hari ini – merupakan satu kesempatan, ruang dan juga peluang yang perlu digunakan sebaiknya. Makanya lakukanlah atau laksanakanlah sebaiknya agenda yang telah dirancang semalam, minggu lepas atau tahun lepas.
  • ·       Esuk – belum pasti diberikan ruang, peluang dan kesempatan. Kita hanya mampu merancang pada hari ini untuk dilaksakan esuknya. Maka sebaiknya iringilah dengan doa segala harapan dan perancangan menjadi kenyataan.

-------------------------------------------------------------------------


4 Perkara


4 situasi yang dihadapi oleh pelajar

  • ·       Pelajar Biasa – hanya menunggu dan melihat peluang yang datang kepadanya sahaja.
  • ·       Pelajar Gagal – mensia-siakan ruang, peluang dan kesempatan yang diberikannya.
  • ·       Pelajar Cemerlang – sentiasa berusaha mencari ilmu, pengalaman.
  • ·       Pelajar Hebat – sentiasa mencipta peluang dengan menggunakan segala ruang dan juga kesempatan demi mencipta kejayaan demi kejayaan.  Mereka bukan menunggu sumber ilmu dan pengetahuan serta pengalaman datang kepada mereka.

4 perkara ABCD

  • ·       A – Amanah, adil dan ikhlas
  • ·       B – Bijaksana, Bersih, Bersabar, Bertanggungjawab
  • ·       C – Cekap, cepat dan tepat
  • ·       D – Dedikasi, disiplin
Perkara-perkara tersebut selari dengan prinsip etika kerja dan nilai-nilai murni dalam tugasan seharian.

-------------------------------------------------------------------------

5 Perkara


5 perkara untuk amalan – tips IHSAN

  • ·       Integriti diamalkan dalam segala perbuatan dan pekerjaan serta perlakuan
  • ·       Hormat sesama insan. Yang lebih dewasa dihormati, yang kecil disiyangi.
  • ·       Semangat kerjasama dipertingkatkan dalam semua urusan. Sepakat membawa berkat menjadikan kita kuat dan seterusnya hebat.
  • ·       Aura Positif ditonjolkan selalu menghadapi perjalanan kehidupan agar beroleh kebahagiaan dan keberkatan. Cari sisi positif berbanding negatif.
  • ·       Niat Betul dalam sesuatu tugas sebagai tanggungjawab dan amanah yang sebaik mungkin untuk dilaksanakan

5K – Formulasi kejayaan individu

  • ·       Kepimpinan – pimpin diri sendiri sebelum memimpin yang lain.
  • ·       Keberanian – berani melakukan sesuatu cabaran yang baik.
  • ·       Keyakinan – binalah keyakinan dan sahsiah peribadi yang tinggi dalam usaha menghadapi cabaran sepanjang kehidupan.
  • ·       Kesukarelawanan – menghulurkan tenaga, memberikan masa untuk membantu pihak lain dengan ikhlas tanpa memikirkan “Apa yang aku dapat dari aspek kewangan”. Sebaiknya fikirkanlah apakah pengalaman, pengajaran, ilmu yang diperolehi.
  • ·       Kerohanian – sentiasa bersyukur, berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Pencipta setelah berusaha melakukan sebaik yang mungkin.

5S – pembentuk jati diri unggul

  • ·       Solat – ditunaikan solat fardu dan sunat agar kehidupan dilimpahi keberkatan dan bahagiaan.
  • ·       Syukur – dalam semua perkara. Jangan bandingkan dengan golongan yang diatas, sebaiknya bandingkan dengan yang dibawah.
  • ·       Sabar – dalam segala ujian dan cabaran kehidupan. Ujian kemiskinan dan ujian kekayaan di atasi sebaiknya.
  • ·       Salam – diucapkan agar silaturrahim dipertingkatkan.
  • ·       Sedekah – memberi adalah nikmat yang paling terbaik. Biar sedikit namun ikhlas diutamakan. Hatta mengukirkan sekuntum senyuman.

No comments:

Post a Comment