INFOBERITA K5- Program kaunseling berkelompok dalam usaha memperteguh dan memperkasa semangat kerjasama berpasukan bagi staf pentadbiran Kolej 5 telah berlangsung dengan jayanya pada 17.10.2016 (isnin)di Bilik mesyuarat kolej kelima.
Menurut Puan Askina Aziz, pengurus kolej 5 "Walaupun program ini dijalankan sepagi untuk semua staf pentadbiran di persekitaran kolej, namun semangat yang ditunjukkan begitu positif.
"Rata-rata peserta begitu teruja terutama dalam slot LDK latihan dalam kumpulan atas bimbingan fasilitator yang terdiri dari Kaunselor pelatih UPM. Mereka berharap akan dapat menyertai lagi kursus atau bengkel dalam mengukuhkan Semangat Sepasukan.
"Lebih-lebih lagi dalam usaha membudayakan Inisiatif 5S di Kolej kediaman UPM", ujarnya sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment