MTB2016:
FIXTH PRODUCTION RANGKUL 2 ANUGERAH

SERDANG (16 September 2016) - Malam Tunas Budaya 2016 (MTB 2016) sekali lagi berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan tema ’Suaraku, Iramaku, Espresiku’. MTB2016 menyaksikan 9 persembahan hjebat hasil gabungan kolej-kolej di Universiti Putra Malaysia (UPM) demi meraih gelaran juara MTB 2016.
Kolej Kelima sekali lagi berkolaborasi dengan Kolej Keenam di bawah satu jenama produksi ‘Fixth Production’. Seramai 40 orang pelajar tahun pertama daripada kolej Kelima dan kolej Keenam telah mengambil bahagian pada malam bersejarah itu.

Fixth production mempersembahkan dramatari ’Legasi Dunia Baru’ yang berkisar tentang dunia baru yang penuh dengan teknologi canggih seperti media sosial yang melalaikan anak-anak muda zaman sekarang. Namun jika semua kemudahan itu digunakan dengan cara yang bijak, teknologi canggih tersebut mampu menjadi wadah perpaduan yang amat baik untuk mereka.

Foto eksklusif merakamkan kegembiraan K5 dan K6 setelah berjaya merangkul tempat ketiga persembahan terbaik keseluruhan.
Melalui pesembahan hebat pada malam tersebut, Fixth Production berjaya menyampaikan
mesej yang berkesan kepada para juri dan memukau ribuan penonton yang hadir menyaksikan
MTB 2016. Tepukan gemuruh berkumandang apabila gimnas Fixth Production membuat aksi akrobatik.
Berkat latihan, kesabaran dan kesungguhan, Fixth Production berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah tempat ke-3 keseluruhan dan juga persembahan Muzik Terbaik.
Syabas dan Tahniah dari semua warga K5 dan K6 UPM.
Syabas dan Tahniah dari semua warga K5 dan K6 UPM.
No comments:
Post a Comment